12.12.2010

**Update Real B-4 Season II

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah mengizinkan program ini berjalan dengan lancar. Seramai 55 orang alumni telah berjaya menghadirkan diri dan mengikuti program ini yang membawa sedikit kelainan berbanding season I dahulu.

Sebagaimana biasanya dalam penganjuran sesebuah program, banyak cabaran yang harus ditempuhi oleh ahli komiti untuk memastikan terlaksananya semua aktiviti yang telah dirancangkan. Walaupun penyertaan tidaklah mencapai sasaran, namun penyertaan daripada setiap ahli yang hadir bagi setiap slot aktiviti amatlah membanggakan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua peserta kerana telah memberi kerjasama yang amat baik sekali kepada warga komiti.

Tak lupa juga kepada penaja-penaja bagi program kali ini samada dalam bentuk kewangan mahupun barangan, sumbangan anda semua amatlah kami hargai dan banyak meringankan bebanan kami dalam menjayakan program ini.

Semoga ilmu yang kita perolehi daripada perkongsian oleh Bendahari AMAL Tg. Ahmad Damitri dan YB Senator Mumtaz dapat kita amal dan kongsikan kepada yang lain.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang semalam dan bagi yang kalah tidak perlulah bersedih, 2 tahun lagi kita jumpa lagi.

Resolusi yang di buat di akhir program semalam ialah,
1- Reunion akan diadakan setiap 2 tahun
2- Wujudkan Facebook page Alumni Maahad Muhammadi Batch 2004
3- Website rasmi AMAL Batch 2004 http://www.amalbatch04.tk/

Berikut adalah sedikit gambaran sepanjang program

























12.08.2010

*Update Real B-4 Season II

Untuk makluman kepada semua alumni, peta ke lokasi program boleh lah dirujuk melalui link berikut :-

http://goo.gl/PB8SK

Bagi yang menggunakan kenderaan awam..boleh menaiki bus stesen sebelah nasi ulam cikgu (bangunan kraftangan) menggunakan BAS no. 10 (atau sewaktu menghala ke PCB)

Kod Etika Pemakaian

Memandangkan kita akan mengadakan sedikit aktiviti, eloklah para alumni memakai pakaian yang sesuai.

Lelaki : smart kasual
Perempuan : Kasual Sopan

11.12.2010

Update Real B-4 Season II

Semua Alumni diminta membuat pengesahan kehadiran kepada wakil-wakil berikut selewat-lewatnya 3 Disember 2010 :-

MML: Muhamad Firdaus 014-5341737
MMP: Azhani 013-5855156
MPP: Hawani 019-5507670

Bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM10.00 sahaja, bagi alumni yang ingin membuat bayaran awal boleh lah dimasukkan ke akaun

Bank Islam : 03018020731165
atas Nama  : Mohd Syafiq bin Mohd Pauzi
email pengesahan : spy_fiqs@hotmail.com
butiran : Bayaran pendaftaran REAL B4 Season II

Bagi alumni yang tidak dapat hadir dan ingin membuat sumbangan ikhlas,bolehlah dimasukkan ke akaun  diatas dengan butiran : sumbangan REAL B-4 Season II

sebarang perkara berkaitan sumbangan boleh terus menghubungi saudara Syafiq 013-9378046