10.03.2010

Permohonan Masuk Pelajar Ke Tingkatan Satu Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan 2011

Sekolah-Sekolah Maahad Pilihan YIK adalah:
1.  Maahad Muhammadi Pasir Pekan
2.  Maahad Rahmaniah, Kuala Krai
3.  Maahad Muhammadi Pasir Mas
4.  Maahad Saniah, Pasir Puteh
5.  Maahad Pengajian Islam, Kota Bharu
6.  Maahad Ahmadi, Tanah Merah
7.  Maahad Amir Indera Petra, Beris, Bachok
8.  Maahad Ar Rahmah Kenali, Kubang Kerian
9.  Maahad Muhammadi Tumpat
10. Maahad Muhammadi Rantau Panjang

SYARAT PERMOHONAN
1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada   tahun 1998 adalah layak memohon masuk Maahad Pilihan
       Berkenaan.

1.2  Keputusan UPSR  sekurang-kurangnya 2A 
   
1.3  Permohonan boleh dibuat di mana-mana Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan.

1.4  Borang permohonan boleh didapati di Maahad yang berkenaan dengan mengemukakan salinan surat beranak.

1.5  Permohonan dibuka mulai   03.10.2010 (Ahad)

1.6  Tarikh tutup permohonan dua minggu selepas Keputusan UPSR diumumkan.



UJIAN KEMASUKAN : 
2.1  Semua pemohon wajib menduduki Ujian Kemasukan.

2.2  Tarikh ujian lisan (membaca) akan ditetapkan oleh pihak Maahad berkenaan.

2.3  Ujian bertulis  akan ditentukan oleh Yayasan Islam Kelantan

2.4  Perkara yang diuji :

2.4.1  Ujian membaca :

          Al - Qur’an    - 60 markah
          Jawi              - 40 markah

2.4.2  Ujian Bertulis

          Jawi, Al - Qur’an dan Asas Pengetahuan Agama Islam  -  100 markah   


2.5  UPSR

       2.5.1 Salinan keputusan UPSR yang telah disahkan hendaklah diserah ke pejabat Maahad berkenaan sebaik sahaja keputusan UPSR
                diumumkan.

      2.5.2  Markah
         
                     A    =   10 Markah
                     B    =    5  Markah

KEPUTUSAN

3.1  Keputusan ujian dijangka akan diumumkan pada 21 Disember 2010

PENGESAHAN

4.1  Pemohon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan belajar di maahad berkenaan  mulai tarikh
       keputusan tersebut.

LAPOR DIRI

5.1 Tarikh lapor diri ialah pada 01.01.2011 (Sabtu)

5.2 Pemohon yang tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap telah menolak tawaran belajar di Maahad berkenaan.


Pengarah
Yayasan Islam Kelantan

8 Ramadhan 1431
18 Ogos 2010
* Borang permohonan masuk pelajar ke Tingkatan Satu Maahad Pilihan Yayasan Islam Kelantan 2011 boleh didownload disini:    
 * Sila sertakan borang diatas yang telah diisi beserta bayaran pengurusan menggunakan Wang Pos/ bank draf atas nama Pengarah Yayasan Islam Kelantan sebanyak RM5.00.

No comments:

Post a Comment