10.03.2010

Permohonan Masuk Pelajar Ke Tingkatan Satu Maahad/ Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan Tahun 2011

PERMOHONAN

1.1  Murid-murid tahun VI SK/SRK/SRJK/ SRI atau setaraf dengannya yang lahir pada   tahun 1998 adalah layak memohon masuk Maahad/Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan.

1.2  Permohonan boleh dibuat di mana-mana Maahad/ sekolah Yayasan Islam Kelantan .

1.3  Borang permohonan boleh didapati di Maahad/Sekolah Menengah Ugama (Arab) Yayasan Islam Kelantan yang berkenaan dengan mengemukakan salinan surat beranak.

1.4. Keputusan UPSR adalah diambil kira.

1.5  Permohonan dibuka mulai  03.10.2010 (Ahad)


UJIAN KEMASUKAN / PENGASINGAN KELAS : 

2.1  Semua pemohon wajib menduduki 
       Ujian Kemasukan.

2.2  Tarikh dan masa Ujian  Kemasukan / Pengasingan Kelas akan ditetapkan oleh pihak  sekolah.

2.3  Perkara yang diuji :

2.3.1  Ujian Lisan :

          Al - Qur’an     - 60 markah
          Jawi               - 40 markah

2.3.2  Ujian Bertulis:

          Jawi, Al - Qur’an dan Asas Pengetahuan 
          Agama Islam  -  100 markah
          

2.4 UPSR

      2.4.1  Salinan keputusan UPSR  yang telah disahkan hendaklah diserah ke pejabat sekolah sebaik sahaja keputusan UPSR diumumkan.

     2.4.2  Markah 
           
                     A    =   10 Markah
                     B    =    5  Markah

KEPUTUSAN

3.1  Keputusan ujian adalah diumumkan oleh pihak sekolah berdasarkan Ujian Kemasukan / Pengasingan Kelas yang dijalankan.


PENGESAHAN


4.1  Pemohon  yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan di sekolah pada tarikh yang ditetapkan oleh sekolah berkenaan.      


LAPOR DIRI
   
5.1 Tarikh lapor diri akan ditetapkan oleh pihak sekolah berkenaan.

No comments:

Post a Comment