12.12.2010

**Update Real B-4 Season II

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah mengizinkan program ini berjalan dengan lancar. Seramai 55 orang alumni telah berjaya menghadirkan diri dan mengikuti program ini yang membawa sedikit kelainan berbanding season I dahulu.

Sebagaimana biasanya dalam penganjuran sesebuah program, banyak cabaran yang harus ditempuhi oleh ahli komiti untuk memastikan terlaksananya semua aktiviti yang telah dirancangkan. Walaupun penyertaan tidaklah mencapai sasaran, namun penyertaan daripada setiap ahli yang hadir bagi setiap slot aktiviti amatlah membanggakan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua peserta kerana telah memberi kerjasama yang amat baik sekali kepada warga komiti.

Tak lupa juga kepada penaja-penaja bagi program kali ini samada dalam bentuk kewangan mahupun barangan, sumbangan anda semua amatlah kami hargai dan banyak meringankan bebanan kami dalam menjayakan program ini.

Semoga ilmu yang kita perolehi daripada perkongsian oleh Bendahari AMAL Tg. Ahmad Damitri dan YB Senator Mumtaz dapat kita amal dan kongsikan kepada yang lain.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang semalam dan bagi yang kalah tidak perlulah bersedih, 2 tahun lagi kita jumpa lagi.

Resolusi yang di buat di akhir program semalam ialah,
1- Reunion akan diadakan setiap 2 tahun
2- Wujudkan Facebook page Alumni Maahad Muhammadi Batch 2004
3- Website rasmi AMAL Batch 2004 http://www.amalbatch04.tk/

Berikut adalah sedikit gambaran sepanjang program

























1 comment:

  1. Terima kasih buat semua teman yang sudi menghadirkan diri di Perdana Resort..semoga ianya dapat merapatkan lagi ukhuwah diantara kita semua..gi kok mano pun kito tetap samo..=)

    ReplyDelete