12.25.2008

Di Mana Bumi Dipijak Disitu Langit Ku junjung

Assalamualaikum w.b.t

"Di Mana Bumi Dipijak Disitu Langit Ku junjung" merupakan frasa yang memang tidak asing lagi bagi kita, namun adakah kita menghayati mesej yang tersirat disebalik ungkapan tersebut? Saya sendiri pun tidak menghayati sepenuhnya, bagi saya ia lebih menjurus kepada sifat cintakan tanah air sendiri sahaja, untuk menaikkan semangat berpuak-puak semata-mata, tapi wajarkah ditanamkan dan disemai semangat tersebut hanya semata-mata demi NEGARA, apatah lagi demi sesebuah BANGSA?

Saya sama sekali tidak pernah setuju dengan nationalism,ethicism,chronism dan -ism -ism
yang sewaktu dengannya. Kerana bagi saya ia hanya membawa kepada perpecahan, dan perpecahan itu amat di larang oleh Allah S.W.T sebagaimana mafhum firmanNYA:-

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.” (Ali Imran, 3: 103)

Rasulullah S.A.W yang merupakan contoh ikutan atau role model bagi manusia juga berpesan dengan sabdaNYA:-

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan membenci kamu tiga perkara: Dia meredhai kamu apabila kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan sesuatu kepada-Nya, dan apabila kamu berpegang teguh kepada tali Allah semua dan kamu tidak berpecah-belah,...” (Hadis Riwayat Muslim, 3236)

Justeru amat jelas bagi kita semua, yang mengaku diri sendiri sebagai MUSLIM bahawa perpecahan perlu dijauhkan dari hidup kita, apa yang selalu saya perhatikan di sekeliling saya dewasa ini (alam kampus), wujudnya semangat-semangat kenegerian yang mana sering memberi gambaran negatif kepada masyarakat kepada sesuatu masyarakat sesebuah negeri. Apa yang hendak dibanggakan sangat dengan NEGERI? kita semua hanya HAMBA kepada NYA, tiada sekelumit daya dan kuasa pada kita jika DIA tidak meminjamNYA. Janganlah kita menjadi seperti kata peribahasa " Paku Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Kita Yang Lebih".

Ingatlah! Hidup hanya sementara, mati datang tiba-tiba, apa yang kita harapkan ialah apabila ajal menjelma pastikan senyuman terukir di muka. Sama-sama lah kita ingat-mengingati sesama kita agar menjauhi perpecahan.

Jauhilah perpecahan barulah AGAMA boleh di TEGAKkan.

P/s: sekadar renungan dan peringatan kepada diri sendiri(khususnya) dan rakan-rakan

No comments:

Post a Comment