5.21.2009

ALLAH hairan dengan..



Assalamualaikum w.b.t

Berfirman ALLAH taala dalam hadith qudsi yang bermaksud :

" Wahai anak Adam, Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kematian tetapi masih bergembira.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap hari perhitungan tetapi masih mengumpulkan harta.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kubur tetapi masih ketawa.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap kehidupan di akhirat tetapi ia masih beristirehat.

Aku hairan kepada mereka yang yakin terhadap dunia dan kemusnahannya tetapi ia masih tenang dengannya.

Aku hairan kepada mereka yang alim pada lidahnya tetapi jahil pada hatinya.

Aku hairan kepada mereka yang sibuk bersuci dengan air tetapi hatinya tidak suci.

Aku hairan kepada yang sibuk dengan keaiban orang lain tetapi dia lupa terhadap dirinya sendiri.

Aku hairan kepada mereka yang mengetahui bahawa sesungguhnya ALLAH itu mengawasinya tetapi ia masih boleh melakukan maksiat atau mereka yang mengetahui sesungguhnya ia akan mati keseorangan, akan memasuki kubur keseorangan dan akan dihitung keseorangan tetapi masih berjinak bersama manusia.

Ketahuilah, tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Aku dan sesungguhnya Muhammad itu adalah hamba dan utusanKu. "



Abu Talhah, Kuantan.

No comments:

Post a Comment